PULAU MAWAR Mersing

Trip Redah Selantai dan Pulau Mawar
24&25 Agust 2019

Disebabkan 24 Agust kami ada trail run di felda Adela ,kami plan untuk habiskan hujung minggu kami dgn aktiviti2 riadah dan kami memilih untuk pergi ke Selantai dan Pulau Mawar mersing

ADELA TRAILRUN

















Selepas Adela TrailRun, kami terus ke mersing,dalam pukul 4.30pm kami sampai dan check in di KOKO KABANA RESORT


1 bilik : RM180 sesuai untuk berkumpulan 4>6 orang


suasana resort yang damai, terdapat juga 3 ekor angsa yng super garang ,kerjanya nak menyudu kami saje




aktiviti malam kami adalah misi mencari star gazer

mendukacitakan HP kami tidak sebegitu sanggih,akan tetapi salah seorang antara kami dapat merakam foto star gaser yg dicari menggunakan hp P30nya




kami akan repeat lagi untuk dapatkan star gaser : dan akan mempelajari teknik2 yang betul

disini ada cerita di sebalik memburu star gaser

dalam pekat malam kami pergi ke 1 kawasan lapang di belakang resort untuk mencari sudut pandang yang sesuai untuk menangkap gambar star gaser ni kami disapa dengan satu suara yang amat menyeramkan... dlama kepekatnan malam kami tidak tahu bunyi binatang apakah, dgan tanpa pikir panjang, kami ambil langkah seribu menuju pagar resort  (masih mencari tahu suara apakah )

kami balik ke resort dan tidur sambil merancang aktiviti keesokan harinya

ok, kesokkan harinya seawal jam 7.00 am,kami bertolak dari Koko Kabana Resort menuju ke Air Papan Mesing : Bukit Selantai Mersing

Bukit Selantai Air papan mersing

Bukit Selantai adalah Bukit yang terletak di Mersing Johor ,Berketinggian 43 meter dari aras laut

LOKASI BUKIT SELANTAI : AIR PAPAN MERSING JOHOR









kami melalui Trek lama : belakang kubur kampung Air papan, Akan tetapi jalan masuk sebenarnya adalah di belakang bus stop di selekoh masuk Air Papan

PINTU MASUK KE BUKIT SELANTAI
 
DI BELAKANG BUSTOP ADA LALUAN (SEBELAH KIRI)

ON STRAVA 


laluan kami macam cacing sikit kerana mencari trail yang samar2 

kami share gambar2 ye
# sebenarnya niat nek ke selantai, akan tetapi kami lam di astaka atas bukit dan pergi smpai ke puncak Tipu,sejiranya anda ingin ke Selantai, Teruskan perjalanan melalui trek yg ada, kami akan repeat lagi untuk ke sana..hahha sebanya dari atas kami lihat ombak menghempas pantai melambai2 ...








seusai turun dari trek selantai kami pergi ke persisir pantai Air papan




menghabiskan masa sekitar 30 min ,setelah itu kami bergerak pulang ke resort untuk ke Pulau Mawar

PULAU MAWAR

Pulau Mawar merupakan Pulau yang terletak di negeri Johor. 
Pulau Mawar memiliki iklim tropika dan airnya kekal suam sepanjang tahun, selesa untuk berenang. 
Terdapat banyak kekayaan semulajadi seperti batu-batu karang dan hidupan-hidupan laut yang menawan menanti untuk diterokai melalui aktiviti snokel. 
Suhu air berlegar sekitar 29 hingga 30°C sepanjang tahun sungguhpun ia boleh turun beberapa darjah pada musim tengkujuh pada penghujung tahun.

Pulau Mawar mengadap ke arah laut China Selatan yang luas, dengan itu mengalami musim tengkujuh dengan gelombang besar pada penghujung tahun akibat tiupan angin timur laut. Keadaan ini menghalang nelayan daripada turun ke laut dan menjadikan aktiviti mandi-manda kurang sesuai akibat ombak besar dan kuat yang melanda kawasan pantai.

kami baru pertama kali ke pulau mawar ni, antara kami,tiada sapa yang tahu jalan sebenar jalan ke pulau, dan kami redah sahaja,

Kami park kereta di kawasan parking umum di teluk sari, dan berjalan di persisir pantai.

Directions:
Teluk Sari | Jalan Penyabong-Tanjong Resang, 86900 Mersing, Johor (GPS: 2°36'37.2"N 103°46'35.5"E)


kami melewati benteng pasir dimana kami berjalan di tengah2 antara air

diingatkan bahawa, sekiranya ingin kepulau Mawar anda perlu tahu bila waktu air surut dan pasangnya, anda jugo boleh lihat jadual air pasang surut di  WEB

pantai untuk ke pulau mawar

benteng pasir dikala air surut

kawasan paya bakau

selain itu kami melalui kawasan bakau di sepanjang pesisir pantai ke pulau mawar
perjalannan mengambil masa sekitar 20mnit untuk smpai ke trail masuk puncak pulau Mawar

Pintu masuk ke puncak pulau mawar

sebenarnya mmg kami tak tahu trail,kami terjah je,masuk ikut trail ni, dibanya kami ke puncak.(sbnarnya kami nak ke batu gerbang je) tapi ok, sbb ada jugak aktiviti hike

pemandangan dari puncak pulau mawar

Di atas ini adalah pemandangan dari puncak 1 pulau mawar ,tapak pemandangan diatas puncak adalah terhad dan laluan cerun(digalakkan lebih berhati2 )


Atas Pintu Gerbang
Puncak kdua adalah Diatas Pintu Gerbang, laluan yang sempit, dan beri penuh perhatian kpada langkah anda




LALUAN TURUN DARI ATAS PINTU GERBANG

selepas menikmati pemandangan pulau dari atas, kami turun ke laluan "GATE TO HEAVEN"

" TO HEAVEN" Pulau Mawar
inilah gerbang yang kami cari,dgn laluan penuh cabaran, dan akhirnya kami jumpa,
#walaupun bukan laluan sebenarnya tapi kami berjaya menuju puncak pulau 


"SESUNGGUHNYA MENUJU SYURGA ITU PAYAH"

Disini kami kongsi keindahan Gate To Heaven Pulau Mawar






kami hbiskan masa lebih kurang 45 minit disini :panas lit2

setelah puas di pulau ini, kami pulang



ini adalah laluan masuk sebenar terus menuju ke gerbang: ada bendera

ok, berakhir sudah trip Redah kami Berlima:




 kami nak repeat lagi sebab tak dapat tapau sekeliling pulau disebabkan kami redah dan kekangan masa: ESOK KERJA





Comments

Popular posts from this blog

SABAR